Friday, 19 April 2019

I'm writing again!

Assalamualaikum..

Yes, I'm writing again after a few months. Asalnya on laptop sbb nak tolong registerkan kawan aku kat Tilljannah.my ke .com heh?Nampak x gaya malas mencari tu? Tilljannah,My. Pastu aku text die, die diam pulak. Laptop dah on. So, dok pikir2 nak buat ape...last2 why not bloggingkan? Kalau x, selamatlah aku tgk YouTube.Hello counselorlah, runningmanlah..pastu melalut entah ape2..

So, to those yang terbaca blog aku secara tak sengaja. Manalah tahu, korang tengah cari tips travel ke, cari pasal Tilljannah ke, alih2 kluar blog aku yang tak seberapa ni kan...kalau korang pilih untuk baca, thanks a lot k. harap korang dapat manfaat drpd mana2 entry aku..

Actually, aku mcm nak tukar ke wix.com. Wix ni website builder. Aku penah guna wix ni buat assignment aku. Aku rasa wix lagi friendly dr blogspot.com ni. Tapi aku tahu kalau aku start buat yang baru, menulis aku ke laut. Takat yang adapun pemalas nak mati. So, aku pendamkan jelah niat aku tu.

By the way, kenape aku start blogging balik? Baik, first of all, aku blog ni lebih kepada expressing myself sambil berkongsi sikit2 maklumat atau ilmu yang aku ada. Takde orang baca? Takde orang comment? Aku tak kisah sangat, as I said, aku menulis untuk express diri aku. Macam orang yang suka melukis, and die lukis2 je walaupun xde sape nak tengok apalagi beli lukisan dia. Berlonggok tepi bilik pun xpe, janji puas hati dapat melukis. Camtulah aku ha.

JAwab ke tak soalan kenapa aku blogging balik tu? haha..macam x menjawab je..

Kesimpulan untuk yang atas tu adalah : aku blogging balik untuk expresskan diri aku sebab its a way of me releasing stress. Tapi, itu bukanlah sebab utama.

Sebab utama ada DUA.

SATU. Aku sedang sedaya upaya memperbaiki bende yang aku rasa paling susah dalam hidup aku. Procrastination. Atau dalam bahasa melayunye bertangguh-tangguh. Ye..aku hari biasa, pegi keje, aku buat kejelah. Jaranglah aku mengulor. Aku faham lagi keberkatan rezeki. Tapi, bile balik rumah je. First thing aku buat, landing atas katil, tgk YouTube. Kalau tak ig. Ig tu sampai aku delete dr phone aku. Pastu esok aku install balik. Sampai dah maghrib pastulah terhegeh2 nak mandi, solat, makan. Pastu sambung balik tengok Youtube. Ko rasa? Bosan gilerkan life camni? Tapi dah nama addicted. Memang mcm ada rantai besi tau kat tangan aku ni. Payahnye nak letak tepon tu.Seriously aku xsuke life aku ni. Aku nak buat banyak bende. Aku nak blogging, exercising, writing book, cooking, manjakan diri..tapi semua aku xbuat. Pastu aku claim takde masa der...

Jadi, aku tekad aku nak stop procrastination dan gantikan YouTube tu dengan bende2 berfaedah. Sebab orang cam aku nilah ha YouTuber tu makin kaya. Kite dok tengok life diorang, mukbanglah apelah tapi xkayo2...so, cukup2lah...jadi, what to do untuk elak procrastination ni? Bertahun amal, bukan mudah nak ubah tetibe ni..

Nanti aku citer...hehehe..kasi suspen..

DUA. Ye, sebab kedua aku start writing is aku terjebak dengan penulisan buku. Aku follow kawan aku g satu bengkel penulisan buku. Jadi, aku kene start menulis. The funny thing is, aku nak tulis pasal procrastination. Hehehe...Macam kelakarkan. Biasa org yang tulis buku motivation ni orang yang berjaya dah. Aku baru nak berubah, dah nak tulis buku.Eh, suke hati akulah. Haha. Orang yang laluinya je yang tahukan apa masalah procrastination ni. So, aku rasa xsalah sebagai salah seorang mangsa procrastination aku nak berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang aku buat untuk atasi procrastination tu. Kan? Harapan aku, sambil aku praktik, sambil aku tulis. Dan boom! Aku bertukar. Hehe..

Tak mustahil kan?

Mestilah tak. Buktinya malam ni. Aku dah siap satu entry. Instead of watching YouTube aku blogging. So, procrastination ni biasanye sebab kite rasa mcm masa kite banyak kan? Kite tahu je keje tu banyak. But we thought we have enough time to cater everything. Tu yang "ala, buat esok pun boleh", "Banyak masa lagi". Kita tak sedar, mungkinlah kite sempat cater semua. Tapi, theres no quality in our works and perhaps there is no improvement in our lives. So, how am I going to stop my procrastination. Lets just wait (Is this procrastination?) Shouldnt I start now? Nampak x kekeliruan tu. Sekarang dah pukul 10 der, baik ko tidor sebelum ko bangun lambat and lemau disiang hari. Sleep early!It might help you with your procrastination. Hehehe









No comments:

Post a Comment