Assalamualaikum
& selamat petang,
Malam
ni terasa nak mencoretkan semua memori sewaktu mengembara ke Korea. Kenapa baru
sekarang nak kongsi? Sebelum ni ke negara lain, xkongsi pun. Takdelah banyak
sangat negara aku pergi. So far baru sampai ke Mekah, Madinah, Mesir, Indonesia
dan Jepun. Selain daripada Jepun, negara lain yang aku pergi semuanya melalui
agen. So, macam biasa jelah. Takde thrill.
First
time aku travel backpacking pada 2015. Masa tu kawan aku ajak follow group
travel die. Aku pun setuju je. Malas nak pikir banyak. So, apa yg diorg
arrange, semua aku follow. Tu memang group dia dari sekolah menengah. Aku je
yang bukan geng asal. Aku pergi dengan tak tahu ape2 sangatlah. Dahlah tak
kenal orang. Gilekan!Kat sana, kitaorang stay rumah member diorang jugak yang
study master kat sana. Slumber je aku tumpang rumah orang. Hehe.
Group
yang sama juga ajak aku pi Korea ni. Masa beli tiket, Februari 2016. Beli tiket
untuk Februari 2017. Setahun kitaorang plan. Kumpul duit dan rancang apa yang
perlu. Masa mula2 diorang ajak, aku refused sebab aku dah pernah pergi Korea 7
tahun lepas. Tapi, aku pergi tu sebab terpilih untuk students exchange. Masa tu
aku stay di Bandar Gwangju, the smallest city in Korea. Tapi, sempatlah aku
visit Seoul dua hari (lepas puas ajak supervisor aku..hehe). Lepas kawan2
pujuk, aku mengalah. Banyak lagi kot tempat kat Korea yang aku belum pergi. So,
why not kan?
Dipendekkan
cerita, aku kongsi pengalaman aku ni sebab sebelum aku pergi Korea, aku referred
banyak jugak blog termasuklah ade yang bagi e-book. So, daripada situ dapat
banyak tips yang bermanfaat and helpful. Tapi, yelah pengalaman semua orang tak
samakan? So, mungkin ada pengalaman aku yang boleh bantu bakal2 backpackers kat
luar sanakan? So, let’s check them out.
Aku
pergi Korea 8 Februari 2017 hingga 17 Februari 2017. Masih winter ye..so, cuaca
memang sejuk. Untuk yang belum pernah pergi waktu winter, jangan fikir “alah,
takkanlah sejuk sangat”. Memang SEJUK! Cuaca ada waktu mencecah
negative 10. Gile ko tak sejuk. Bersedialah jugak untuk kehilangan kulit yang
cantik kalau tak betul2 jaga. Most of us, mengalami gatal2 sebab kering sangat.
Aku amal argan oil kat sana tapi macam tu jugak. Kulit muka menggelupas. Huhu. Most of us.
Tapi kalau korang jenis yang memang barang penjagaan wajah tip top. Mungkin
takde ape2. Kitaorang ni jenis sempoi2.
Dulu, masa
aku pi Korea pun waktu winter, so aku dah ada brg2 winterlah. Tapi, banyak
jugak dah hilang. So, utk winter, antara persiapannya adalah:-
1.
Winter coat*
2.
Sweater*
3.
Glove
4.
Thermal Wear
5.
Muffler
6.
Socks
7.
Penutup telinga – kalau
pakai tudung, insyaAllah boleh tahan lagi.
8.
Penutup hidung – sangat
penting. Hidung antara yang sangat sensitive dengan cuaca sejuk.
9.
Kasut – Ada org suggest
beli winter boot, tapi kalau takde salji dah, sport shoes pun ok. Untuk kasut,
jenama skechers memang bagus untuk walking. Tapi hari tu aku tak jumpa saiz
aku, so aku beli walking shoes jenama Bata. Harga lagi murah berbanding
skecher. RM 99. Kualiti alhamdulillah, sepanjang jalan kat sana tak pernah sakit
kaki.
10. Hot Pack- Aku cadangkan beli kat sana. Harga kat sana, dalam
1000 won utk satu hot pack. Tapi, hot pack die saiz besar dan tahan lebih 15
jam berbanding yang aku beli di Daiso.Tak tahan lama dan kurang panas.
*Waktu musim sejuk, pakai baju berlapis (banyak lapis) lebih
menahan sejuk daripada baju tebal tapi selapis.
So, musim sejuk, better pakai baju banyak lapis. Jenuhkan nak
bawa banyak baju? Hehe…based on pengalaman aku, winter ni kita tak berpeluh
sangat, so satu baju tu boleh pakai dua tiga kali. Lagipun pakai coat, so,
takdelah nampak sangat baju kite yang kat dalam coat. Yang penting, tudung
mesti tukar. Selain daripada tu, carilah guess house yang sediakan mesin basuh
dan pengering, so, tak yah pening kepala.Sekarang ni Air Asia pun agak strict
(started in March). So, drpd bayar mahal, better basuh je baju kat sana.
Rasanya ni sajalah barang yang perlu untuk menghadapi winter.
Nanti kalau ada penambahan, I all update hokey. Barang-barang keperluan travel macam
biasa, tak kira musim apa pun kene bawa selain drps keperluan sendiri adalah
spt berikut :-
1.
Telekung
2.
Sejadah (pocket mat)
3.
Spray bottle (untuk ambil
wudhu di perjalanan)
4.
Baju hujan
5.
USB port (boleh charge
banyak sekali)
6.
Ubat-ubatan
7.
Sabun Taharah – untuk bersihkan
pinggan mangkuk
8.
Food container pakai buang
9.
Sudu dan garfu pakai buang
10. Zipper bag- senang isi makanan/baju
Ada
banyak lagi kot, u alls isi sendirilah eh. Dah ngantuk plak kite. Huhu. Tu yang
basic je tu.
Untuk
itinerary Korea, akan datang insya Allah..Kene kumpul maklumat dulu. Hehe.
Maklumlah dah dekat sebulan dah balik.
Okay,
see u next time. ;)