Wednesday, 24 April 2019

From zero to something

Assalamualaikum and hi semua (macam ramai je baca..🙈🙈)

Today is 24th April. It has been 5 days after I wrote the previous entry. I was writing about procrastination, remember? So, did I went through the past five days without procrastination? Absolutely... NOT! Hehe..Bende dah bertahun weh, mustahillah nak hilang sekelip matakan?

By the way, this was what happened last few days...

20th April 2019
Since minggu ni tak ada kelas and aku rasa diri aku masih sangat fragile. Rapuh. Korang faham tak rapuh? Diriku sangat mudah terpengaruh bila ada masa-masa terluang so aku volunteer untuk kerja dihujung minggu. Selain daripada masa aku terjaga, the best part is dapat kumpul cuti ganti. Bolehlah aku raya lama sikit kat kampung tahun ni! Tapi! Ha...ada tapi...keje aku start pkl 10 pg..So, pagi tu as usual, aku bermalas-malasan atas katil, tengok YouTube. Sheila Hamzah dengan laki dia, Neldya senrose kawen..macam ada kena mengena je kan dengan life aku..i is stress! Padahal malam sebelum tu aku dah list down ape bende aku nak buat pagi sebelum keje..Fine...Balik dr keje, aku settlekan keje rumah then tidor.

Esoknya, it was worse than the day before. Almaklumlah. Takde keje..(Keje berlambak kot!). Tengahari tu lepas settle lunch semua, aku tahu aku dah takleh menulis mahupun mengadap buku sebab aku dah takde mood! Ye kawan2, kenalilah waktu yang sesuai untuk anda bekerja ye..aku adalah sejenis makhluk yang lagi aku busy and productive, lagi banyak bende aku nak buat. Tapi bile dah bangun lambat, dah lemau...semua bende tak ade mood. So, alang2 takde mood, aku clearkan station keje aku. Dah setel stesen keje aku, aku start keluarkan kertas dan magic pen. So, aku list down..

1) MY BIG WHY
Kenape aku hidup? Apa yang aku nak dalam hidup aku. So aku just list down semua bende. Then, aku rasa macam dah setel, aku baca balik dan aku spesifikkan masa, dengan sape, kemana...Contohlah...mula2 aku tulis, 

Nak mengerjakan haji

Nampak macam menarik kan? Tapi hakikatnya takde dateline, tak spesifik. So bile ko tengok pun ko mcm "okay, one day aku akan mengerjakan haji, bile2lah". Ko faham tak? Takde urgency untuk capai hasrat aku tu..

So, aku tambah.

Nak mengerjakan haji bersama ibu ayah dan insan tersayang pada tahun 2020 dengan selesa. 

So, camana cara nak spesifikkan ni? Ask yourself WH questions...
Contoh:
apa aku nak buat?
bagaimana cara aku nak pergi?
bila aku nak pergi?
Dengan siapa aku nak pergi?

camtulah lebih kurangkan..

2) MY BIG PROJECT
Okay, dah ada BIG WHY, mesti ada BIG PROJECT kan? Kalu x, camana aku nak capai BIG WHY aku. So BIG PROJECT ni apa? Big project ni adalah task yang penting untuk tukar hidup kau dan yang ko asyik bertangguh sebab ko rasa bende tu susah, ko rasa malas nak pikir. Cube ko fikir bende ape yang ko asyik tangguh? Mesti ko tangguh sebab ko rasa tak tahu nak buat cmana kan??Jangan tipulah...😆

Camana nak tulis big project ni?

Aku buat camni. First, aku just listkan semua tugas dan tanggungjawab aku. 
Contohnya : 
Tulis dissertation
Buat assignment Prof Chan
Buat refelection
Writing blog
Start a business
Learn Mandarin
Prepare kenaikan pangkat
Tulis buku

Pastu, dah tulis semua. Aku go through balik and aku susun ikut priority. First, make sure yang ko tulis tu betul2 BIG PROJECT. Project yang bila ko berjaya buat, ianya akan mengubah hidup ko. Mungkin berubah dari sudut kewangan, mungkin dari sudut knowledge, or mungkin self-esteem. Maksudnya, bila ko berjaya selesaikan project tu, ko akan lebih yakin diri. Then, tengok pada dateline. Kalau ada project yang ko kene setelkan awal, jadikanlah project tu priority ko. Sebab nak tak nak ko kene setelkan keje yang ada dateline.

So, in the end, list aku jd mcm ni

1) Assignments (list down all with the date as well) - End of May
2) Prepare kenaikan pangkat - Julai
3) Tulis buku - Julai
4) Dissertation - September
5) Start a business (*takde dateline!)

Writing blog  (Actually, writing blog lebih kepada reward sbb aku hepi bile dpt writing)
Learn Mandarin  (Mandarin boleh upgrade skills aku tapi belum masanya)

Now, aku ada 5 big project aku. Semua lima project ni aku details kan lagi. contoh macam kenaikan pangkat tu apa steps aku kene buat. Kriteria apa yang belum cukup. Untuk buku, bila tarikh-tarikh penting penghantaran draft dan lain-lainlah. Okay, semua ada dateline kan? Kecuali start a business. So, aku perasan bila aku tak tulis dateline, aku selalu skip tengok. (Semua bende ni aku tampal kat board aku. And tengok hari2). Aku tak rasa urgent pun untuk mulakan business sebab takde dateline! So, sangat penting untuk ada dateline. 

Lepas tu korang perasan tak?Semua yang aku tulis, semua duniakan? Mane yang akhirat?Inilah manusia, mudah lupa. Padahal BIG WHY aku yang utama, Allah dan jannah. 😓😥. Dont worry too much. Ko boleh sentiasa update your BIG WHY and BIG PROJECT. So, jangan stress2 okey. 

3) THINGS THAT I WANT TO DO, BUT I CLAIM I'M TOO BUSY

Yes. Aku selalu cakap. Takde masalah. Busylah. Padahal sebenarnye macam-macam aku nak buat. Aku nak membaca. Nak blogging, nak manjakan diri sendiri. Tapi, aku claim I'M TOO BUSY!Jadi, aku list down semua bende yang aku nak buat even the simplest thing mcm scrubbing muka pun aku tulis. Al maklumlah, selalu rasa mcm buang masa je scrub muka. Padahal scrub muka tu lagi berfaedah drpd tengok video orang lain scrub muka diorang. Entah ape2lah aku ni!So, aim aku, setiap kali aku rasa aku nak procrastinate, aku buat bende lain yang aku teringin sangat nak buat ni..here I am, writing a blog! hehehe...


Dah 3 hari berlalu lepas aku tulis semua bende tu...and I found out there's a slight change in me, walau xbanyak but i still impress sebab payah kot nak berubah...better sikit2 tapi remain forever kan? So, dalam 3 hari ni aku perasan 

1) Aku xlagi tengok YouTube kat office. Aku rasa mcm xde masa nak tengok YouTube sebab aku busy dengan BIG PROJECT aku selain daripada kerja2 lainlah. But, bile aku sampai rumah. Aku still tengok YouTube. Orang kate buat ubat. Haha. Cuma aku xdelah mcm dulu..melalut sampai berjam-jam. Aku just enjoy myself around 30 minutes je. Tu pun aku just tengok bende2 funny like running man. Ala yang short clip je. Kadang2 Hello Counselor. Perhaps betul. Instead of ko fikir ko nak stop tengok YouTube. Ko just put a limit as a goal, such as "watching YouTube less than 30 minutes a day"

2) Aku dapat siapkn assignment aku in just one sit. Dulu payah weh. Duduk depan laptop tu buat keje 10 minutes je. Pastu aku buka YouTube tengok video 30 minit. Pastu mengantuk, tidur. Sigh. So, macam amazed gile bile aku boleh start buat keje and habiskan masa tu. 

3) Aku dah boleh buat bende2 yang aku teringin nak buat tu...aku dah boleh reading, dah boleh scrubbing, writing. Sebabnya aku dah ada masa. 

4) Hari ni aku rasa kat tempat keje aku productive gile. Aku sampai office aku list down keje dr yg penting kepada kurang penting. Then, aku start buat yang penting dulu. Once siap, aku cross. One by one. Macam nilah

Penting
Tutup fail
Kenaikan pangkat
Memo mesyuarat

Kurang penting
Call urusetia
Print sijil

Yang kurang penting tu maksudnya aku boleh buat lain kali, in case tak cukup masa (sebab aku biasanya memang tak cukup masa). And you know what, I completed everything by 3 pm. Semua sekali. Seriously, tutup file bukan bende mudah hokey. Nak kene ada semua document, ke hulu ke hilir aku hari ni sbb tempat printer jauh nun disana. Pastu salah printlah apelah. Aku selesai pukul 3 tu termasuklah waktu aku keluar breakfast, lunch dan lain-lain2. Korang jangan ingat aku dok kat meja je tak bergerak. Then, I still have around 2 hours and 30 minutes. Disebabkan semua aku dah cross, aku mcm hilang punca tak tau nak buat ape. So, aku buka YouTube kejap. Konon mcm nak relax kejap. Aku smpat tengoklah Naeun and Gunhoo dalam 10 minit pastu aku mcm rasa "I can accomplish more than this". Aku rasa aku nak cross lagi banyak. So, aku tambah kat list tu read the article dan straight away buat sampailah waktu balik. I'm impress with myself. Lantaklah if org nak ckp aku cam bangga diri kan. Tapi mmg patut bangga pon kan. Hanya procrastinators je tau perasaan aku ni. Bile ko boleh alihkan fokus ko pada kerja semula tanpa susah payah, it was seriously a bless! 

Pengajaran lain, make sure list ko banyak hokeh. Kalau tgh buat keje, ada teringat ape2 nak buat, terus tambah dalam list. Jangan sampai ko blur and tak tahu nak buat ape. Bahaya2...


Bercakap pasal list ni...ada bende aku nak citer. Tapi, bukan malam nilah. Sebab I need my beauty sleep. 😎 So, esok lusa aku citer. Doakan aku terus istiqamah ye. Jangan lupa try tips aku weh. Good night. 





Friday, 19 April 2019

I'm writing again!

Assalamualaikum..

Yes, I'm writing again after a few months. Asalnya on laptop sbb nak tolong registerkan kawan aku kat Tilljannah.my ke .com heh?Nampak x gaya malas mencari tu? Tilljannah,My. Pastu aku text die, die diam pulak. Laptop dah on. So, dok pikir2 nak buat ape...last2 why not bloggingkan? Kalau x, selamatlah aku tgk YouTube.Hello counselorlah, runningmanlah..pastu melalut entah ape2..

So, to those yang terbaca blog aku secara tak sengaja. Manalah tahu, korang tengah cari tips travel ke, cari pasal Tilljannah ke, alih2 kluar blog aku yang tak seberapa ni kan...kalau korang pilih untuk baca, thanks a lot k. harap korang dapat manfaat drpd mana2 entry aku..

Actually, aku mcm nak tukar ke wix.com. Wix ni website builder. Aku penah guna wix ni buat assignment aku. Aku rasa wix lagi friendly dr blogspot.com ni. Tapi aku tahu kalau aku start buat yang baru, menulis aku ke laut. Takat yang adapun pemalas nak mati. So, aku pendamkan jelah niat aku tu.

By the way, kenape aku start blogging balik? Baik, first of all, aku blog ni lebih kepada expressing myself sambil berkongsi sikit2 maklumat atau ilmu yang aku ada. Takde orang baca? Takde orang comment? Aku tak kisah sangat, as I said, aku menulis untuk express diri aku. Macam orang yang suka melukis, and die lukis2 je walaupun xde sape nak tengok apalagi beli lukisan dia. Berlonggok tepi bilik pun xpe, janji puas hati dapat melukis. Camtulah aku ha.

JAwab ke tak soalan kenapa aku blogging balik tu? haha..macam x menjawab je..

Kesimpulan untuk yang atas tu adalah : aku blogging balik untuk expresskan diri aku sebab its a way of me releasing stress. Tapi, itu bukanlah sebab utama.

Sebab utama ada DUA.

SATU. Aku sedang sedaya upaya memperbaiki bende yang aku rasa paling susah dalam hidup aku. Procrastination. Atau dalam bahasa melayunye bertangguh-tangguh. Ye..aku hari biasa, pegi keje, aku buat kejelah. Jaranglah aku mengulor. Aku faham lagi keberkatan rezeki. Tapi, bile balik rumah je. First thing aku buat, landing atas katil, tgk YouTube. Kalau tak ig. Ig tu sampai aku delete dr phone aku. Pastu esok aku install balik. Sampai dah maghrib pastulah terhegeh2 nak mandi, solat, makan. Pastu sambung balik tengok Youtube. Ko rasa? Bosan gilerkan life camni? Tapi dah nama addicted. Memang mcm ada rantai besi tau kat tangan aku ni. Payahnye nak letak tepon tu.Seriously aku xsuke life aku ni. Aku nak buat banyak bende. Aku nak blogging, exercising, writing book, cooking, manjakan diri..tapi semua aku xbuat. Pastu aku claim takde masa der...

Jadi, aku tekad aku nak stop procrastination dan gantikan YouTube tu dengan bende2 berfaedah. Sebab orang cam aku nilah ha YouTuber tu makin kaya. Kite dok tengok life diorang, mukbanglah apelah tapi xkayo2...so, cukup2lah...jadi, what to do untuk elak procrastination ni? Bertahun amal, bukan mudah nak ubah tetibe ni..

Nanti aku citer...hehehe..kasi suspen..

DUA. Ye, sebab kedua aku start writing is aku terjebak dengan penulisan buku. Aku follow kawan aku g satu bengkel penulisan buku. Jadi, aku kene start menulis. The funny thing is, aku nak tulis pasal procrastination. Hehehe...Macam kelakarkan. Biasa org yang tulis buku motivation ni orang yang berjaya dah. Aku baru nak berubah, dah nak tulis buku.Eh, suke hati akulah. Haha. Orang yang laluinya je yang tahukan apa masalah procrastination ni. So, aku rasa xsalah sebagai salah seorang mangsa procrastination aku nak berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang aku buat untuk atasi procrastination tu. Kan? Harapan aku, sambil aku praktik, sambil aku tulis. Dan boom! Aku bertukar. Hehe..

Tak mustahil kan?

Mestilah tak. Buktinya malam ni. Aku dah siap satu entry. Instead of watching YouTube aku blogging. So, procrastination ni biasanye sebab kite rasa mcm masa kite banyak kan? Kite tahu je keje tu banyak. But we thought we have enough time to cater everything. Tu yang "ala, buat esok pun boleh", "Banyak masa lagi". Kita tak sedar, mungkinlah kite sempat cater semua. Tapi, theres no quality in our works and perhaps there is no improvement in our lives. So, how am I going to stop my procrastination. Lets just wait (Is this procrastination?) Shouldnt I start now? Nampak x kekeliruan tu. Sekarang dah pukul 10 der, baik ko tidor sebelum ko bangun lambat and lemau disiang hari. Sleep early!It might help you with your procrastination. Hehehe