Thursday, 14 July 2016

Tips fahamkan anak maksud bersatu padu

Assalamualaikum...

Untuk semua umat Islam, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mudahan Aidilfitri kali ini lebih bermakna, insya Allah. 


Bercakap tentang Aidilfitri ni, every time raya rasa sangat tak lengkap kalau ada adik beradik yang tak balik. Rasa macam tak cukup corumn gitu. Walaupun selalu bergaduh, bertikam lidah, hakikatnya adik beradiklah tempat kita luah perasaan dan minta pendapatkan?


Sedihnya hati kalau adik beradik tak dapat nak bersatukan? Especially kalau dah ramai..dah 6, 7, 10, 15 orang, of courselah susah nak capai kata sepakat. Almaklumlah, lagi banyak kepala, lagi banyak pandangan.


Masa kecil adalah masa yang paling sesuai untuk didik anak-anak bersatu. Aku pernah terbaca satu kaedah dan aku rasa sangat sesuai untuk kita amalkan atau ajarkan pada anak-anak supaya mereka faham akan nilai dan kebaikan bersatu padu.


DEMO
Ha, kaedahnya mudah saja. Panggil anak-anak yang sudah boleh faham. Janganlah pulak demo pada anak-anak yang masih kecil. Berikan mereka lidi, satu sorang. Kemudian minta mereka patahkan lidi tersebut. Kemudian, tanyalah pendapat mereka senang atau susah untuk mereka patahkan lidi tersebut.Next, bagi dua batang lidi. Minta mereka patahkan dan dapatkan respon mereka. Mudah atau tidak.


Yang terakhir sekali, berikan secekak lidi. Minta mereka patahkan. Insya Allah memang tak akan patah. Kalau patah juga, your child has superpower..;) Jadi, daripada demo diatas, terangkan pada anak-anak pentingya kita bersatu. Bila kita ramai, tiada siapa yang boleh pecah belahkan kita. 


Jadi sebagai adik beradik, janganlah terlalu mudah berkecil hati dan merajuk sampai mengasingkan diri daripada keluarga. Atau janganlah dengan senang berpaling pada orang luar. Maksudnya, cerita pada orang luar akan kelemahan ahli keluarga sendiri. Unless orang tu kita boleh percaya. Bukan apa, bimbang nanti orang yang tahu kelemahan tadi yang memecahbelahkan keluarga kita.


Simplekan? Cubalah...tapi janganlah pulak harapkan yang anak-anak takkan bergaduh sama sekali. Suami isteri pun boleh bergaduh apatah lagi adik beradik. Bergaduh tak apa, tapi biarlah penyelesaiannya difahami. Maka, bergaduh tu jadi proses pembelajaran. Sebagai contoh, jika anak-anak bergaduh berebutkan sesuatu benda, maka ibu bapa kena main peranan untuk fahamkan anak-anak konsep sharing. Untuk benda yang boleh dikongsilah...kalau tak boleh dikongsi, kena guna cara lain.


Yang penting, apa yang kita ajarkan pada anak-anak tu jika tak berguna masa sekarang pun, bila mereka besar mesti mereka ingat...Percaya atau tidak, kita selalu ingat pesan mak ayah kita kan..especially benda yang diulang-ulang seperti " Jaga adik ye", :" Jangan lupa doakan ibu" dan macam-macam lagi. Cuba duduk dan kembali kepada masa kecil, kita mesti terbayangkan suasana ketika dinasihati ibu dan bapa.


Selain daripada pesan, anak-anak sangat mengingati dan mencontohi perbuatan ibu bapa. So, jika mak ayah sibuk bergaduh depan anak-anak, maka jadilah kita seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. So, sangat penting sebelum didik anak, didik diri sendiri dulu. Kalau tak nak anak-anak bergaduh, kita sendiri kurangkanlah berkelahi. Dan paling baik, gunakan ruang privasi, seperti bilik tidur untuk berbincang. 


Saya salute pada suami dan isteri yang boleh menahan kemarahan atau ketidakpuasan hatinya dan memanggil pasangan mereka ke kawasan lain untuk dibincangkan perkara yang tidak disukai. Saya yakin bukan mudah untuk melaksanakan amalan tersebut terutamanya orang yang dah biasa menyindir orang lain.Sikit-sikit sindir.Jadi bila pasangan buat salah, cepat aja mulut nak menyindir. 



Sindiran itu bukan tanda sayang. Sindiran tu untuk menyakitkan. Jika nak pasangan belajar dan berubah, panggil dan tegurlah dengan baik. Insya Allah pasangan mesti boleh menerima dengan lapang dada berbanding bila ditegur secara sinis. Mahunya tak...dahlah tak faham apa salah kita, kene tegur dengan cara yang menyakitkan hati, depan orang pulak tu! Malunya tuhan je yang tahu. So, daripada perkara kecik, boleh jadi besar.

So, jom kita ubah diri untuk generasi yang lebih baik!


No comments:

Post a Comment