Thursday, 14 April 2016

Cantik atau praktikal?

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak tulis tentang rumah impian. Sepanjang aku hidup ni, bukanlah tak pernah terfikir nak beli rumah...cuma banyak keperluan lain yang aku terpaksa utamakan contohnya, keutamaan ibu bapa, adik- beradik. Adalah beberapa kali aku survey rumah, tapi setakat survey jelah.



Kalau aku kene menyewa, mungkin aku akan terus beli rumah. Yelah, dari habiskan bulan-bulan bayar rumah sewa, baik bayar rumah sendirikan? Tapi sebab aku ni duduk di rumah warden, maka tak terasalah keperluan untuk membeli rumah...huhu...


Okay, okay. So, untuk entry pertama rumah impian aku ni..Aku nak bercakap tentang cantik atau praktikal? Haa, masa mula-mula nak beli rumah, apa yang kita tengok dulu?


Yang ni, yang aku listkan sebelum buat survey k...nanti rajin, aku buat survey...



1. Safety (keselamatan) 


Aku rasa first thing yang aku akan tengok adalah aspek keselamatan. Keselamatan kawasan. Yelah, kalau kawasan tu sunyi dan jauh daripada orang, bahaya jugak. Tapi sebenarnya impian aku memang nak ada rumah kat kawasan-kawasan yang jauh daripada orang. Kawasan yang aman dan tenang daripada bunyi-bunyian kenderaan. 


Ha, kire macam rumah dalam gambar kat bawah ni...ada hill view...jauh dari orang...tapi, tulah kan..takde safety lah pulak..kalau pagarkan keliling rumah, macam tak guna je ada view yang cantik2...

Credit to http://www.startpackingidaho.com/images/house_near_hills2_498.jpg
Ha, yang tu keselamatan kawasan. Keselamatan dalam rumah pun mesti kene fikir. Contoh paling mudah, jika berlaku kebakaran, ada tak alat pemadam api di dalam kawasan rumah, atau jalan yang paling mudah untuk keluar daripada rumah. Kadang-kadang grill semua tingkap sampai tak ada jalan keluar. Kan bahaya tu...So, masa pasang grill tu boleh fikirkan few cara utk pastikan ada jalan keluar, especially kalau rumah dua tingkat.




2. Praktikal
Praktikal? Macam mana tu? Ha, praktikal ni maksudnya apa sahaja kedudukan, barangan atau design rumah tu selamat dan sesuai dengan penggunaanya. Contoh, kalau ada tangga, tangga tu mestilah yang selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dan kena ada juga ruang kat bawah untuk orang yang tak boleh naik tangga.


Tu contoh ye...banyak lagi benda yang kene praktikal. Tapi, yang tu kita akan pergi one by one dalam entry di kemudian hari yer... ;)


3. Luas
Luas tak semstinya besar k..kalau rumah kecik, tapi pandai susun atur barangan dalam rumah pun, insya Allah, rumah boleh nampak luas. Tak percaya?

Credit to http://www.tinyhouseuk.co.uk/uploads/5/3/5/9/5359679/_6661461_orig.jpg


Tak percaya, cuba tengok mini house kat atas ni. Kecik je kan. Tapi praktikal dan kemas. Tak nampak sempit pun. Yelah, kalau setakat tinggal berdua okaylah kan. Tapi kalau dah ada anak-anak, kenalah besar sikit. Saya pilih rumah yang luas sebab adik beradik saya ramai...hehe...

Okay, cantik atau tak, itu sangat subjektif. Ada orang tengok rumah hantu, seram. Ada orang suka. Haha...So, subjektifkan? Terpulanglah pada pandangan masing-masing.



No comments:

Post a Comment